Thursday, July 16, 2009

undang- undang gila yang lucu

saya sedang menghadiri satu kursus ( KDP ) di salah sebuah institusi perguruan di salah sebuah bandar di sarawak. namun amat mengejutkan undang- undang yang diguna pakai di asrama institusi ini boleh dianggap "the crazy law in world". sebagai peserta kursus saya cuma membawa 2 pasang kasut sahaja iaitu kasut formal dan juga kasut sandal. namun semalam, kasut sandal saya telah dirampas tanpa budi bicara. pada awalnya saya rasa telah dicuri, namun setelah mendapat cerita dari pelajar- pelajar institut ini, kasut tersebut sebenarnya telah dirampas. bukan saya seorang sahaja, namun ramai lagi pelajar senasib dengan saya. mengapa saya kata ianya gila? kasut itu dirampas cuma disebabkan tidak meletaknya di atas rak kasut!sesuatu yang gila bukan! seolah- olah anda telah meletakkan kereta anda di kawasan larangan dan menggangu lalu lintas. kereta anda akan ditunda atau dikunci di tayar. soalnya disini adakah sepasang kasut telah menghalangnya untuk lalu di situ?sungguh gila bukan....

1 comments:

Anonymous,  August 14, 2009 at 6:09 PM  

undang-undang rimba

Post a Comment


  © Free Blogger Templates Blogger Theme by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP