bahasa melayu atau bahasa malaysia
mungkin kita tidak sedar betapa pentingnya sesuatu istilah yang digunakan umum dan nilai sesuatu istilah tersebut. ataupun mungkin kita sedar, namun tanpa kepentingan kita terhadapnya kita abaikannya. atau mungkin kita memang jenis bangsa yang suka dipersenda- sendakan dengan pusaka turun temurun kita. acap kali kita terdengar isu penggunaan istilah sama ada bahasa melayu atau bahasa malaysia. walaupun seakan akan remeh namun ianya memberi impak yang besar di masa akan datang. saya amat tidak bersetuju jika digunakan istilah bahasa malaysia. hal ini kerana bahasa yang kita gunakan sehari ini merupakan warisan nenek moyang bangsa melayu.apa yang akan tinggal jika bahasa ni tiada identiti lagi. bahasa merupakan jiwa bangsa. bagaimana untuk menyatakan bahasa ini merupakan bahasa bangsa melayu di masa depan andai digunakan istilah bahasa malaysia.
0 comments:
Post a Comment