Thursday, July 16, 2009

beban guru sekarang ;membentuk manusia menjadi manusia

akhir- akhir ini sering timbul isu yang membabitkan beban tugas guru. ramai yang semakin lantang mempersoalkan beban tugas guru.ada yang memandang enteng akan rungutan guru yang semakin hari semakin berat beban yang ditanggung. bagi saya mereka yang selalu mempersoalkan rungutan guru itu memang tidak langsung memahami tugas seorang guru yang serba mencabar. guru sentiasa berhadapan dengan manusia. dengan kata lain,sentiasa berhadapan dengan pelbagai kerenah dan ragam seseorang yang bergelar murid. guru terpaksa mengorbankan jiwanya demi untuk mendidik murid menjadi manusia.walaupun kadang kala tidak dihargai, namun guru tetap setia tanpa demdam untuk terus meniup ilmu pedoman. disamping mengajar, guru juga dibebani dengan tugas pengkeranian yang segala macam bentuk. boleh dikatakan tugas perkeranian inilah yang menjejaskan masa atau tumpuan guru untuk merancang p&p dalam bilik darjah. hal ini makin ketara untuk seorang yang baru sahaja memasuki kerjaya perguruan.....

0 comments:

Post a Comment


  © Free Blogger Templates Blogger Theme by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP