Monday, July 20, 2009

Siri 4 : Melayu yang Layu vs British yang Rakus

Bangsa Melayu berdepan dan bergelumang dengan kerakusan kolonial British di samping terpaksa menahan tempias semangat survival kaum pendatang terutama kaum Cina. Semua rentetan inilah yang telah menjadi acuan kepada pembangunan Bandar Taiping sekarang. Namun soalnya sekarang sejauh manakah keterlibatan bangsa Melayu dalam arus pembangunan Bandar Taiping? Sebuah Bandar yang dahulunya dikuasai bangsa Melayu sendiri. Apakah sebabnya bangsa Melayu itu hilang perananya dalam ekonomi baru. Hari ini, jika kita menyelusuri Bandar Taiping, berapa keratkah peniaga Melayu yang menjalankan perniagaan. Berapa ramaikah peniaga Melayu yang beroperasi di bangunan- bangunan di Bandar Taiping. Jumlahnya boleh dibilang dengan jari. Cuma yang jelas perniagaan orang Melayu itu menjurus kepada peniagaan makanan. Di jalan- jalan di pingir Bandar Taiping kita begitu mudah mendapatkan gerai- gerai makanan orang Melayu yang beroperasi terutama pada waktu malam. Apakah bangsa Melayu itu hanya mampu setakat menjalankan perniagaan sebesar ini?

0 comments:

Post a Comment


  © Free Blogger Templates Blogger Theme by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP