Siri 5: Kita Merdeka
Jika jawapannya ya, maka benarlah kata- kata orang Inggeris itu yang mengatakan orang Melayu bodoh dan tidak mampu untuk menguruskan perusahan secara besar- besaran. Walaupun kita tahu di sebalik kenyataan ini, ada tersiratnya intipati ataupun agenda tersembunyi mereka. Namun soalnya kenapakah ini terjadi? Apakah corak pemerintahan feudal itu yang telah membentuk satu masyarakat Melayu yang hilang jati diri. Konsep-konsep yang digunakan semasa pemerintahan feudal itu telah membunuh jati diri dan juga keyakinaan bangsa Melayu untuk menerima segala perubahan. Antara konsep yang maha dasyat yang telah membekukan pemikiran orang Melayu itu antaranya konsep rakyat. Hari ini kita lihat masih ramai yang menggunakan istilah rakyat dan kita boleh mengesannya terutama di dalam penulisan berita di surat khabar, malahan istilah ini juga acap kali digunakan orang politik dan pemimpin. Saya tidak tahu sama ada mereka ini faham atau tidak apa yang dimaksudkan dengan konsep rakyat itu. Lihat pula bagaimana konsep rakyat itu telah mempengaruhi corak ekonomi masyarakat Melayu. Apa yang dapat ditakrifkan dengan konsep ini ialah rakyat ini membawa maksud orang bawahan iaitu golongan yang diperintah yang tidak mempunyai hak dalam apa jua keadaan.
0 comments:
Post a Comment