Sunday, August 23, 2009

hukuman sebat

SUNGAI SIPUT - Model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor, 32, kini resah menunggu detik menjadi wanita pertama di Malaysia disebat atas kesalahan meminum arak.Ibu kepada dua orang anak itu bagaimanapun sudah bertekad untuk menghadapi hukuman itu tanpa ada niat melarikan diri.Dia sudah banyak kali menunaikan solat hajat dan berdoa kepada Allah agar diberikan keberanian dan ketenangan."Saya tidak akan lari. Saya tahu ramai bersimpati dan menyokong saya."Saya cuma berharap saya mampu menghadapi hukuman itu meskipun ia dibuat pada bulan Ramadan,'' katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Jawang, Sungai Siput, kira-kira 70 kilometer dari sini semalam.Kartika akan dibawa ke Penjara Kajang, Selangor untuk ditahan selama seminggu sebelum dikenakan hukuman sebat enam kali di situ.

Read more...

Friday, August 7, 2009

kejayaan

Potensi kejayaan bukan teori

Potensi kejayaan adalah amali

Anda memiliki

Potensi idea yang bernas

Potensi pengetahuan yang luas

Potensi kebolehan yang hebat

Potensi pengalaman yang banyak

Potensi bakat yang pelbagai

Potensi peluang di sana sini

Tetapi tanpa tindakan

Idea bernas boleh hilang

Pengetahuan luas tidak terpakai

Kebolehan hebat tidak terbukti

Banyak pengalaman yang tidak bermakna

Bakat pelbagai berkubur mati

Peluang yang ada terlepas pergi

Potensi kejayaan bukan teori

Potensi kejayaan adalah amali

Bukan idea pengetahuan kebolehan

Bukan pengalaman,bakat dan peluang

Penentu kejayaan tetapi

Usaha yang bermula merebut peluang yang ada

Tindakan sekarang menentukan

Kerana potensi kejayaan bukan teori

Potensi kejayaan adalah amali

Bertindak sekarang masa tidak menunggu kita

Bina matlamat rancang dan lakukan

Kejayaan tidak terjadi sendiri

Kita perlu berusaha menjadikannya

Perjalanan seribu batu bermula dengan langkah yang satu

Kalau tidak dipecahkan ruyung, masakan dapat sagunya

Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit

feel free
klik my biz blog

Read more...

salam sejahtera

aku agak sibuk bulan ni..tak sempat nak update blog aku ni..

Read more...

Sunday, August 2, 2009

perhimpunan haram : bodoh dan buta hati

akhir akhir ini perhimpunan haram kerap kali diadakan oleh pihak tertentu. semuanya kerana politik murahan untuk mendapat simpati. bodoh dan bangang sekali pihak yang menganjurkannya kerana menyusahkan orang ramai. menyebabkan jalan raya jem dan mengucar kacirkan aktiviti harian contohnya perniagaan. rata- rata yang terlibat dengan perhimpunan haram ini adalah dari kalangan yang membuta tuli mengikut perarakan haram ini.mereka tiada arah tuju pun.hanya mengikut orang. sapala yang mula2 memperkenalkan demontrasi jalanan ni..rasanya semua pun tahu sejarahnya..kalaupun tidak berpuasa hati dengan sesuatu, bantah dengan cara yang betul.ini semua kepentingan peribadi.meruntuhkan bangsa. buka mata sikit.tengok negara lain.dah banyak musnah gara2 rusushan ini.

Read more...

  © Free Blogger Templates Blogger Theme by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP