Monday, July 20, 2009

manusia selalu mempersoalkan....

orang selalu mempersoalkan kebolehan seseorang pelajar dengan cara pembelajarannya.paling sering kita dengar terutama di blog2 memperkatakan sejauh mana pelajar teknik hafalan ini boleh bersaing dengan dunia yang semakin mencabar.sebenarnya semua pembelajaran di dunia ini bermula dengan hafalan.maka dari hafalan itu barulah pelajar ini mengalami pembelajaran bermakna. maksudnya disini, apabila pelajar mendapat sesuatu maklumat pelajar itu perlukan penggayaan sendiri.pelajar itu sendiri perlu mengembangkannya dengan pelbagai cara mengikut kecerdasan pelbagai yang dimiliki. setiap pelajar itu dikurniakan kesemua kecerdasan pelbagai cuma yang membezakannya dari segi dominan kearah bidang mana. seorang pelajar berjaya mengaplikasi maklumat hafalan yang dipelajari untuk diaplikasikan dalam hidup. contohnya seorang pelajar mempelajari ilmu pengaturcaraan komputer. semestinya beliau akan menghafal pelbagai teknik dan ilmu berkaitan. seterusnya beliau mengaplikasi ilmu tadi dengan mencipta pelbagai ciptaan baru. dan akhirnya dapat di komersialkan. bolehlah dianggap beliau berjaya menghadapi hidup ini.

0 comments:

Post a Comment


  © Free Blogger Templates Blogger Theme by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP