Sunday, July 19, 2009

Siri 1 : Bangsa Melayu

Apabila kita membicarakan soal pembangunan Taiping kita tidak dapat lari dari melihat bagaimana rentetan sejarah yang berlaku dalam abad ke-18 sehinggalah abad ke- 20. Kita lihat bagaimana anugerah sumber kekayaan bijih timah yang telah membangunkan Bandar Taiping sehinggakan pernah menjadi ibu negeri Perak. Kita lihat pula bagiamana peranan kolonial British yang berjaya memanipulasikan orang Melayu untuk meragut segala kekayaan bumi Taiping termasuklah Larut Matang. Helah- helah yang digunakan termasuklah bagimana Perjanjian Pangkor itu menjadi titik permulaaan kerakusan bangsa kolonial ini. Lihat sahajalah fasal- fasal yang digubal British melambangkan betapa jauhnya pemikiran mereka bukan sahaja dari segi politik tetapi juga dari segi ekonominya.

0 comments:

Post a Comment


  © Free Blogger Templates Blogger Theme by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP