kenapa guru stress bila mengajar
kebanyakkan guru selalu mengeluh apabila murid tidak mencapai target yang telah ditetapkan oleh guru itu sendiri. kesannya guru menjadi stress semasa p&p dijalankan. perlu diingat target yang guru tetapkan itu merupakan pemboleh ubah yang boleh diubah berdasarkan tahap prestasi murid itu ataupun berdasarkan latar belakang murid tersebut. guru selalu menetapkan target yang terlalu tinggi dan mengharapkan murid memberi apa yang difikirkan oleh guru itu. kita perlu ingat sebelum menjadi guru kita telah melalui pelbagai peringkat pembelajaran bermula dari sekolah sehinggalah ke institut pengajian tinggi. malahan perbezaan dari segi umur juga telah memberi banyak pengalaman kepada seorang guru. sudah tentulah wujud jurang yang sangat besar antara guru dengan murid. maka agak mustahil untuk seseorang murid itu dapat berfikir seperti seorang guru. keadaan inilah seseorang guru itu perlu sedar akan realiti yang berlaku di dalam bilik darjah. guru perlu menetapkan target berdasarkan tahap penguasaan murid tersebut. guru tidak boleh mengharapkan murid itu berfikir seperti guru berfikir. sabar menghadapi kerenah murid, insyaallah kita enjoy dan suka semasa p&p.
1 comments:
macam macam perangai guru
Post a Comment