Sunday, July 19, 2009

Siri 2 : Bangsa Merdeka

Perjanjian Pangkor 1874 telah membawa kewujudan Sistem Residen di Negeri-negeri Melayu. Menurut Perjanjian Pangkor dalam fasal ketujuh, pembesar di Larut akan menerima seorang penolong Residen yang mempunyai kuasa seperti seorang Residen dan hanya akan patuh kepada perintah Residen. Walaupun persetujuan telah dicapai dalam rundingan di Pangkor tetapi syarat-syarat yang dikemukakan oleh British telah menerima bantahan para pembesar terutamanya Menteri Ngah Ibrahim. Bagi Menteri Ngah Ibrahim perjanjian ini akan memberikan kesan kepada beliau kerana Menteri Ngah Ibrahim hanya akan diakui sebagai pemerintah Larut sahaja dengan segala elaun yang ditetapkan tetapi segala hasil bukan lagi dalam pentadbiran beliau. Keadaan ini menimbulkan rasa tidak puas hati Ngah Ibrahim sebagai pemerintah Larut yang bebas selama ini.

0 comments:

Post a Comment


  © Free Blogger Templates Blogger Theme by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP