Tuesday, July 28, 2009
Sunday, July 26, 2009
Hadis yang Menarik
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.
Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'
Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'
Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'
Saturday, July 25, 2009
pentingya air bersih dalam kehidupan
SETIAP hari kita disarankan mengambil antara lapan hingga 10 gelas air. Jumlah ini amat penting memandangkan 70 peratus daripada keseluruhan tubuh manusia terdiri daripada air. Air secukupnya diperlukan bagi menyahtoksik dalam badan, melincirkan sendi dalam sistem kerangka, menyokong sistem dan organ pencernaan, mengawal suhu badan dan menghantar nutrien serta oksigen ke sel-sel badan.Namun, adakah kita benar-benar mematuhi saranan ini dan yakinkah kita bahawa air yang diminum setiap hari mampu menjalankan tanggungjawab yang disebut?Pakar Air Bertauliah dari Persatuan Kualiti Air (WQA) dan perunding Elken Bio Pure, Michael Robert Long berkata, setiap lima hingga 13 hari, air di dalam keseluruhan badan kita akan diperbaharui
"Jika air yang meliputi 70 peratus badan kita adalah bersih, maka sel badan akan mempunyai persekitaran sihat dan segar," katanya.
Menurutnya, air yang bersih dapat meningkatkan sistem imunisasi badan, menggalakkan metabolisme sel, mengurangkan risiko pertumbuhan sel-sel abnormal, menghalang penyebaran toksin dan mengurangkan risiko mendapat penyakit.
"Selain air yang kita minum, pelbagai lagi bendasing termasuk yang tidak baik terkandung di dalamnya. Saya tidak mahu benda lain, saya hanya mahukan air," ujar Long.
Beliau menjelaskan, air yang kita minum hari ini semakin tidak selamat kerana beberapa faktor. Antaranya pencemaran sumber air dan juga proses pengklorinan bagi menghasilkan air bersih yang disalurkan ke paip setiap rumah. Bahan kimia yang terbentuk ketika pengklorinan, menurut satu kajian yang pernah dijalankan, sangat berkait rapat dengan kecacatan bayi ketika lahir.Kata Long lagi, pengklorinan dan penapisan mekanikal tidak menghilangkan arsenik daripada air. Malah, merebus air boleh meningkatkan kandungannya lagi. Arsenik dalam minuman boleh mengundang risiko kanser dan penyakit paru-paru."Kerana itu kita perlu memastikan air yang diminum dirawat dengan sepatutnya seperti menggunakan kaedah osmosis songsang yang terdapat pada penapis air tertentu," katanya lagi.Ketahui banyak lagi fakta menarik mengenai air dengan mengunjungi Ekspo Pendidikan Air Elken H20: Tahukah Anda… Misi Penerokaan!
Dianjurkan oleh Elken Bio Pure, ekspo air pertama seumpamanya di Malaysia ini dibuka kepada orang ramai secara percuma sejak 23 Mei lalu hingga 16 Ogos ini. Ia diadakan di Pusat Konvensyen Elken di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.Penganjuran ekspo itu bukan hanya bertujuan mewujudkan kesedaran tentang kepentingan air. Pada masa yang sama, ia mendidik pelawat mengenai kandungan mikro organisma dalam air yang tidak dirawat dan pelbagai cara merawat air."Satu ketika dahulu, kita semua tidak menghargai bekalan air yang terdapat dalam kuantiti yang banyak di muka bumi ini. Tetapi hari ini, air dikhuatiri semakin menjadi satu komoditi penting dan mungkin akan diletakkan pada harga yang tinggi atau lebih tinggi daripada petroleum," ujar Long.Menurutnya, air adalah salah satu sumber yang paling bernilai di dunia tetapi sayangnya kita terus mengeksploitasikannya."Banyak yang telah diperkatakan dan ditulis tentang air. Namun kebanyakan daripada kita kurang menghargainya," katanya.Menurutnya, tidak ramai yang sedar bahawa banyak lagi fakta tentang air yang tidak diketahui orang.Justeru, katanya, ekspo itu bukan sahaja bersifat mendidik tetapi juga inovatif dan menyeronokkan kerana pihak penganjur akan membawa pengunjung melalui suatu perjalanan sejarah, geografi dan sains tentang air.
"Ia juga akan memberikan pemahaman yang lebih mendalam tentang air, kepentingannya pada kesihatan dan bagaimana kita boleh memainkan peranan yang penting dalam memelihara komoditi berharga ini," kata Long.Katanya lagi, sama ada orang dewasa ataupun kanak-kanak pasti terpesona menyaksikan "ensiklopedia air sebenar" yang menawarkan pengalaman deria dan perjalanan yang menyeronokkan kepada pengunjung.Beliau menjelaskan, perjalanan itu bermula dengan pandangan dari udara ke atas sistem solar dan keunikan planet biru kita.Daripada ketakjuban sistem planet, Long berkata, perjalanan ilmu itu diteruskan ke padang pasir atau kawasan gurun yang hampir-hampir tiada air, kemudian beralih pula ke suatu tempat ekstrem di mana air terkunci di dalam bongkah-bongkah ais dan glasier.Pengunjung kemudian akan memasuki alam lautan dan meneroka fakta luar biasa tentang hidupan laut sambil mencari-cari makhluk aneh yang tersembunyi dari mata kasar.
Penerokaan seterusnya akan membawa pengunjung ke sumber air bumi dan memahami mengapa air begitu banyak, tetapi air yang boleh digunakan pula terlalu sedikit.
"Jangan lupa mencuba replika skru Archimedes iaitu peralatan orang zaman purba mengepam air," katanya.Selain itu, melalui ekspo ini anda juga akan mempelajari bagaimana untuk menjimatkan sumber berharga ini. Dan, jangan lupa menandatangani perjanjian untuk menjimatkan penggunaan air setiap hari bersama ribuan pengunjung lain di dinding yang disediakan.Pengunjung juga dapat menyaksikan pameran oleh Yayasan Hidupan Liar Dunia (WWF) dan Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan yang turut serta sebagai penganjur bersama ekspo air pada kali ini.Ekspo ini dibuka pada pukul 2 petang hingga 8 malam dari Isnin hingga Jumaat manakala pukul 10 pagi hingga 8 malam pada Sabtu dan Ahad. Masuk adalah percuma. Untuk keterangan lanjut, sila layari www.whatsH2O.com.
Fakta menarik mengenai air
l Seekor gajah dapat mengesan air sejauh tiga batu. Gajah dapat menyedut sebanyak dua gelen (7.5 liter) air ke dalam belalai setiap kali minum.
l Beruang koala tidak minum air, kerana daun eucalyptus yang dimakannya membekalkan air secukupnya.
l Tikus kanggaru mahir hidup di kawasan gurun. Tikus ini minum sedikit air atau tidak minum langsung tetapi bergantung pada air yang dimetaboliskan daripada bijian yang dimakannya.
l Seekor zirafah boleh berjalan lebih lama tanpa air berbanding seekor unta. Ini kerana ia menyimpan tenaga sehingga tidak mudah berasa dahaga.
Friday, July 24, 2009
insan
insan yang digelar manusia biasa
yang tidak pernah lari dari melakukan kesilapan
namun kekadang kesilapan itu juga membunuhku
manusia mana yang tidak pernah melakukan kesilapan
tiada manusia yang sempurna
namun untuk jadi sempurna bukannya mudah
ianya datang dari kita sendiri
manusia tidak layak untuk menghukum sesama sendiri
hanya diri sendiri yang mampu untuk mengubahnya
kita dikurniakan akal untuk berfikir
namun kekadang akal itu digunakan untuk sesuatu yang melampaui batas
manusia tidak pernah untuk bersyukur
kehendak manusia melebihi dari keperluan
itulah manusia
tidak semuanya sama
yang membezakan hati seseorang
namun seseorang itu juga boleh menjadi hipokrit
hipokrit yang wujud dalam diri manusia sentiasa ada
kita tidak perlu itu semua
untuk menegak keadilan dan kebenaran
seribu kali alasan pun tidak berguna
adakah setiap manusia itu begitu
renung-renungkan....
dan fikirlah dengan sebaik mungkin
setiap perkara yang dilakukan kita harus fikirkan akibatnya pada diri dan orang lain
kereta tempatan vs kereta import
* saya idamkan kereta honda accord
Thursday, July 23, 2009
perubatan barat vs perubatan herba
Tahukah anda, antara 60,000 sehingga 140,000 pesakit mengalami kesan sampingan yang teruk akibat mengamalkan ubat berunsurkan dadah dari barat?
The Case for Natural Med” oleh Dr. Adriane Fugh-Berman
“Menurut pengarah Food And Drug Administration (FDA), Dr. William Gilberson berkata bahawa 2/3 daripada bahan (dadah) yang terkandung di dalam ubat hari ini tidak selamat tetapi dijual di serata dunia”.
p/s gunalah kaedah perubatan semula jadi seperti herba
perubatan barat vs perubatan herba
Tahukah anda, antara 60,000 sehingga 140,000 pesakit mengalami kesan sampingan yang teruk akibat mengamalkan ubat berunsurkan dadah dari barat?
The Case for Natural Med” oleh Dr. Adriane Fugh-Berman
“Menurut pengarah Food And Drug Administration (FDA), Dr. William Gilberson berkata bahawa 2/3 daripada bahan (dadah) yang terkandung di dalam ubat hari ini tidak selamat tetapi dijual di serata dunia”.
p/s gunalah kaedah perubatan semula jadi seperti herba
Gerhana
VARANASI, India - Gerhana matahari paling panjang dalam abad ke-21 menyebabkan puluhan juta penduduk benua Asia terpaksa bergelap seketika semalam.
Gerhana matahari penuh lazimnya berlaku seketika setiap kitaran 18 bulan tetapi fenomena kelmarin disifatkan luar biasa kerana tempohnya yang panjang iaitu selama enam minit 39 saat matahari terlindung sepenuhnya di sebalik bulan.
Lebih istimewa, gerhana semalam dipercayai mencatat paling ramai penonton berikutan laluannya di benua Asia yang memiliki penduduk paling ramai di dunia.
Gerhana matahari penuh semalam dapat disaksikan dengan jelas di beberapa buah negara iaitu India, Nepal, Bangladesh, Bhutan, Myanmar dan China.
Kali kedua gerhana matahari seperti itu diramal berlaku ialah pada tahun 2132.
Kawan VS ?????
Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami. Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang. Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali!
Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum.
Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar. Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan. Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik,Percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia.
Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang.Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga. Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka. Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka.
Wednesday, July 22, 2009
H1N1: Kampus UPNM, MTD tutup
KUALA LUMPUR - Kementerian Pertahanan mengesahkan 60 pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Maktab Tentera Diraja (MTD) di sini didapati positif wabak selesema babi (H1N1).
Timbalan Menterinya, Datuk Dr. Abdul Latif Ahmad berkata, penularan wabak tersebut berpunca daripada seorang pensyarah yang baru pulang dari Melbourne, Australia.
"UPNM dan MTD kini ditutup selama seminggu dan pelajar-pelajar terbabit dikenakan kuarantin di rumah dan kami akan mengikut nasihat daripada Kementerian Kesihatan sehingga tempoh kuarantin tersebut selesai," katanya ketika dihubungi malam tadi.
Sehubungan itu, semua perjalanan keluar masuk ke UPNM dan MTD diperketatkan oleh pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan semua prosedur operasi standard turut diambil.
Sementara itu, kelas Lima Lotus, Sekolah Kebangsaan Subang Bestari, Shah Alam turut ditutup mulai semalam sehingga 27 Julai ini berikutan 15 pelajar kelas itu mengalami tanda-tanda selesema babi.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, tiga kes baru dikesan semalam iaitu dua kes import dan satu kes tempatan menjadikan mangsa H1N1 kini meningkat kepada 877 kes.
Read more...Pemburu coli anak dara
KEMAMAN - Beberapa anak gadis di beberapa buah kampung sekitar Binjai di sini, 'bingung' kerana seluar dalam dan coli mereka yang dijemur di ampaian kerap hilang sejak seminggu lalu.
Kejadian pelik itu dipercayai dilakukan suspek yang dikatakan seorang yang gila seks serta kemaruk pakaian dalam anak dara atau untuk tujuan ilmu hitam.
Bagaimanapun, kehilangan 'barangan peribadi' itu berjaya dikesan ekoran penemuan beberapa coli dan seluar dalam pelbagai saiz dan warna di Bukit Mak Samah di sini semalam.
Penemuan itu dimaklumkan oleh seorang penduduk, Mohd. Yusuf Yasa', 43, yang terkejut melihat pakaian dalam diikat pada sebatang ranting kayu yang dipacak di kawasan terpencil itu semalam.
Menurut beliau, ketika bersiar-siar di bukit itu, dia ternampak objek yang pada mulanya disangka bendera kecil.
Read more...Tuesday, July 21, 2009
porno
sex
p/s jangan meniru orang lain..
amaran tsunami
amaran tsunami telah dikeluarkan.ramalan gempa bumi akan berlaku di kepulauan Jepun.kawasan malaysia yang berisiko di kepulaan borneo sabah sarawak.dinasihatkan tidak berada di kawasan pantai pada petang esok..
Read more...salam sejahtera
saya telah menukar blog siri sorotan sejarah ke blog yang lain iaitu
http://pendidikansejarahm.blogspot.com/
Monday, July 20, 2009
Siri 5: Kita Merdeka
manusia selalu mempersoalkan....
orang selalu mempersoalkan kebolehan seseorang pelajar dengan cara pembelajarannya.paling sering kita dengar terutama di blog2 memperkatakan sejauh mana pelajar teknik hafalan ini boleh bersaing dengan dunia yang semakin mencabar.sebenarnya semua pembelajaran di dunia ini bermula dengan hafalan.maka dari hafalan itu barulah pelajar ini mengalami pembelajaran bermakna. maksudnya disini, apabila pelajar mendapat sesuatu maklumat pelajar itu perlukan penggayaan sendiri.pelajar itu sendiri perlu mengembangkannya dengan pelbagai cara mengikut kecerdasan pelbagai yang dimiliki. setiap pelajar itu dikurniakan kesemua kecerdasan pelbagai cuma yang membezakannya dari segi dominan kearah bidang mana. seorang pelajar berjaya mengaplikasi maklumat hafalan yang dipelajari untuk diaplikasikan dalam hidup. contohnya seorang pelajar mempelajari ilmu pengaturcaraan komputer. semestinya beliau akan menghafal pelbagai teknik dan ilmu berkaitan. seterusnya beliau mengaplikasi ilmu tadi dengan mencipta pelbagai ciptaan baru. dan akhirnya dapat di komersialkan. bolehlah dianggap beliau berjaya menghadapi hidup ini.
Read more...Siri 4 : Melayu yang Layu vs British yang Rakus
Sunday, July 19, 2009
karaoke vs selipar
Siri 3 : Kebebasan
Siri 2 : Bangsa Merdeka
Siri 1 : Bangsa Melayu
Saturday, July 18, 2009
merdeka!merdeka!merdeka!
curangnya seorang guru
Friday, July 17, 2009
selamat tengahari
Bismillahhirahmanirrahim.....
puji pijian dipanjatkan kepada Alllah SWT kerana memberi saya ruang untuk terus berkelana di atas bumi tuhan yang fana ini...hari ini merupakan penghulu segala hari yang banyak memberi kita kebaikan terutama berpeluang untuk sama- sama solat berjemaah. saya menyeru kepada diri saya dan juga seluruh umat islam dunia untuk sama- sama kita menghadirkan diri ke masjid mendengar khutubah dan solat berjemaah. semoga kehidupan kita akan sentiasa di dalam peliharaan rahmatNYA...
Thursday, July 16, 2009
undang- undang gila yang lucu
saya sedang menghadiri satu kursus ( KDP ) di salah sebuah institusi perguruan di salah sebuah bandar di sarawak. namun amat mengejutkan undang- undang yang diguna pakai di asrama institusi ini boleh dianggap "the crazy law in world". sebagai peserta kursus saya cuma membawa 2 pasang kasut sahaja iaitu kasut formal dan juga kasut sandal. namun semalam, kasut sandal saya telah dirampas tanpa budi bicara. pada awalnya saya rasa telah dicuri, namun setelah mendapat cerita dari pelajar- pelajar institut ini, kasut tersebut sebenarnya telah dirampas. bukan saya seorang sahaja, namun ramai lagi pelajar senasib dengan saya. mengapa saya kata ianya gila? kasut itu dirampas cuma disebabkan tidak meletaknya di atas rak kasut!sesuatu yang gila bukan! seolah- olah anda telah meletakkan kereta anda di kawasan larangan dan menggangu lalu lintas. kereta anda akan ditunda atau dikunci di tayar. soalnya disini adakah sepasang kasut telah menghalangnya untuk lalu di situ?sungguh gila bukan....
Read more...beban guru sekarang ;membentuk manusia menjadi manusia
akhir- akhir ini sering timbul isu yang membabitkan beban tugas guru. ramai yang semakin lantang mempersoalkan beban tugas guru.ada yang memandang enteng akan rungutan guru yang semakin hari semakin berat beban yang ditanggung. bagi saya mereka yang selalu mempersoalkan rungutan guru itu memang tidak langsung memahami tugas seorang guru yang serba mencabar. guru sentiasa berhadapan dengan manusia. dengan kata lain,sentiasa berhadapan dengan pelbagai kerenah dan ragam seseorang yang bergelar murid. guru terpaksa mengorbankan jiwanya demi untuk mendidik murid menjadi manusia.walaupun kadang kala tidak dihargai, namun guru tetap setia tanpa demdam untuk terus meniup ilmu pedoman. disamping mengajar, guru juga dibebani dengan tugas pengkeranian yang segala macam bentuk. boleh dikatakan tugas perkeranian inilah yang menjejaskan masa atau tumpuan guru untuk merancang p&p dalam bilik darjah. hal ini makin ketara untuk seorang yang baru sahaja memasuki kerjaya perguruan.....
Read more...bahasa melayu atau bahasa malaysia
mungkin kita tidak sedar betapa pentingnya sesuatu istilah yang digunakan umum dan nilai sesuatu istilah tersebut. ataupun mungkin kita sedar, namun tanpa kepentingan kita terhadapnya kita abaikannya. atau mungkin kita memang jenis bangsa yang suka dipersenda- sendakan dengan pusaka turun temurun kita. acap kali kita terdengar isu penggunaan istilah sama ada bahasa melayu atau bahasa malaysia. walaupun seakan akan remeh namun ianya memberi impak yang besar di masa akan datang. saya amat tidak bersetuju jika digunakan istilah bahasa malaysia. hal ini kerana bahasa yang kita gunakan sehari ini merupakan warisan nenek moyang bangsa melayu.apa yang akan tinggal jika bahasa ni tiada identiti lagi. bahasa merupakan jiwa bangsa. bagaimana untuk menyatakan bahasa ini merupakan bahasa bangsa melayu di masa depan andai digunakan istilah bahasa malaysia.
Read more...Wednesday, July 15, 2009
Trip Miri To Lawas and Bakalalan..."the golden vacation"
lawas sebuah bandar yang tenang dan aman begitu ramah menyambut kedatangan orang luar yang pertama kali sampai di hamparan dadanya. bandar yang penuh klasik dengan peleseran orang menjalankan aktiviti harian seakan mengundang kehadiran pelancong.kita teruskan lagi perjalanan ke destinasi utama kita iaitu Bakalalan. mengambil keputusan untuk menggunakan jalan darat merupakan kepetusan yang tepat untuk merasai cabaran semula jadi ciptaan tuhan. menggunakan pacuan 4 roda yang telah diubah suai memberi gambaran perjalanan yang bakal akan ditempuhi kita. perjalanan mengambil masa lebih dari 8 jam yang memenatkan......to be sambung...