Saturday, October 3, 2009

sembang ustaz: You Came To Me

sembang ustaz: You Came To Me
how to comment???

Read more...

Saturday, September 5, 2009

income dalam Hai-o


BONUS USAHAWAN
Bonus bulan 1 - RM4,600 - RM5,000 (dijamin dapat) ini klu buat bio aura
Bonus bulan 2 - RM2,000 - RM2,500
Bonus bulan 3 - RM7,000 - RM7,500
dan bulan-bulan berikutnye....
MODAL??? Dana akan diuruskan bagi yang berkelayakan.(strategy marketing plan kami menjadikan bisnes ini RM 0 modal)
*Pakej sistem yang cepat,mudah dan lumayan
*Tabung kereta
*Bonus sehingga 41% dari syarikat hai-o marketing sdn.bhd
*Melancung ke luar negara 2-3 kali setahun
*hadiah berupa jam tangan (bonia)dari stokis yang bernilai RM700-800
*Tiada risiko*Boleh diwarisi
*Pencen sebelum usia pencen
*Kelebihan kepada kakitangan kerajaan/badan berkanun
Sekarang ramai USAHAWAN HAI-O meraih pendapatan melebihi RM20,000 ke atas sebulan. Anda bila lagi?? Kami juga mempunyai bukti dari mereka-mereka yang telah menjadi JUTAWAN melalui perniagaan ini.

maklumat lanjut hubungi
0134027440

Read more...

cara nak join...

Utk menjadi ahli dan memulakan perniagaan HAI-O , anda hanya perlu mendaftar RM30 shj.
Setelah itu kita perkenalkan dengan 2 orang rakan,kawan rapat pun boleh. mesti Ada kawan kan?? mesti ada punya. Namun begitu untuk permulaan pada bulan pertama cukuplah kita perkenalkan produk kepada 2 orang teman rapat. Itupun dibantu oleh upline. Upline yang akan ambil alih tugas anda. Tugas kita adalah:
1. Perkenalkan Kawan kepada upline
2.Duduk diam, ketika upline bercakap.
Faedah yang anda dapat untuk tugas diam ialah Bonus RM2000 (2 tajaan) dan kenaikan pangkat dari SM(sale manager) kepada SSM (senior sale manager).
Nota : Kalau dahulu untuk mencapai pangkat SM mengambil masa sekurang-kurangnya 3 tahun tetapi dengan sistem ni cuma mengambil masa 1minggu sahaja

call 0134027440

Read more...

BEAUTIFUL BIO AURA : FIR NANO


Beautiful Bio Aura merupakan produk sistem penapisan berteknologi tinggi Fir-Nano. Produk ini direka cipta dan dihasilkan untuk menapis dna merawat air yang sudah tercemar kepada air hidup ( air sempurna )

Melalui teknologi Fir-Nano ini, Bio Seramik dalam sistem ini akan menghasilkan Fir yang menyebabkan resonan ini akan lebih tinggi tenaga, oksigen dna yang paling penting molekul- molekul air akan berbentuk hexagon halus.

tubuh badan manusia akan lebih cepat dan mudah menyerap molekul- molekul air halus untuk menjadikan air hidup berperanan terhadap seluruh sistem dektosifikasi, sistem neautralisasi dan sistem immunisasi (DNI)


Air Bio Aura dapat :
1. membantu merawat darah tinggi
2. membantu merawat tekanan darah rendah
3. membant merawat tekanan
4. membantu merawat lumpuh
5. membantu merawat arthiritis
6. membantu kecerdasan minda
7. dan banyak lagi kelebihan air ini...
http://en.hai-o.com.my/bio-aura/

harga promosi luar biasa semperna hari raya...
hubungi 0134027440

Read more...

Pelan Pemasaran Hai-O Marketing


Peluang perniagaan Hai-O adalah terbuka kepada semua lapisan masyarakat dengan risiko yang rendah dan kos permulaan yang rendah.

Ia membantu anda membina perniagaan sendiri melalui penjualan produk dan penajaan orang lain. Pengedar baru kemudiannya akan menjual produk dan menawarkan peluang perniagaan ini kepada orang lain. Sudah tentu dengan perkhidmatan yang berkualiti tinggi, perhubungan jangka masa panjang dapat dijaminkan.

Oleh itu, dengan menyampaikan ilmu pemasaran dan penjualan anda kepada ahli kumpulan anda bukan sahaja untuk membina rangkaian perniagaan sendiri, malah membantu orang lain membina rangkaian perniagaan mereka.

Intisari peluang pendapatan bagi pelan pemasaran Hai-O Marketing adalah penjualan produk yang berkualiti dan perkhidmatan yang ditawarkan serta penajaan. Sedangkan perniagaan anda berkembang, pulangan turut akan bertambah. Dalam pelan pemasaran Hai-O Marketing, tiada sebarang ganjaran yang harus diberi kepada sesiapa yang hanya menaja orang lain sebagai pengedar berdikari.

Read more...

Sunday, August 23, 2009

hukuman sebat

SUNGAI SIPUT - Model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor, 32, kini resah menunggu detik menjadi wanita pertama di Malaysia disebat atas kesalahan meminum arak.Ibu kepada dua orang anak itu bagaimanapun sudah bertekad untuk menghadapi hukuman itu tanpa ada niat melarikan diri.Dia sudah banyak kali menunaikan solat hajat dan berdoa kepada Allah agar diberikan keberanian dan ketenangan."Saya tidak akan lari. Saya tahu ramai bersimpati dan menyokong saya."Saya cuma berharap saya mampu menghadapi hukuman itu meskipun ia dibuat pada bulan Ramadan,'' katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Jawang, Sungai Siput, kira-kira 70 kilometer dari sini semalam.Kartika akan dibawa ke Penjara Kajang, Selangor untuk ditahan selama seminggu sebelum dikenakan hukuman sebat enam kali di situ.

Read more...

Friday, August 7, 2009

kejayaan

Potensi kejayaan bukan teori

Potensi kejayaan adalah amali

Anda memiliki

Potensi idea yang bernas

Potensi pengetahuan yang luas

Potensi kebolehan yang hebat

Potensi pengalaman yang banyak

Potensi bakat yang pelbagai

Potensi peluang di sana sini

Tetapi tanpa tindakan

Idea bernas boleh hilang

Pengetahuan luas tidak terpakai

Kebolehan hebat tidak terbukti

Banyak pengalaman yang tidak bermakna

Bakat pelbagai berkubur mati

Peluang yang ada terlepas pergi

Potensi kejayaan bukan teori

Potensi kejayaan adalah amali

Bukan idea pengetahuan kebolehan

Bukan pengalaman,bakat dan peluang

Penentu kejayaan tetapi

Usaha yang bermula merebut peluang yang ada

Tindakan sekarang menentukan

Kerana potensi kejayaan bukan teori

Potensi kejayaan adalah amali

Bertindak sekarang masa tidak menunggu kita

Bina matlamat rancang dan lakukan

Kejayaan tidak terjadi sendiri

Kita perlu berusaha menjadikannya

Perjalanan seribu batu bermula dengan langkah yang satu

Kalau tidak dipecahkan ruyung, masakan dapat sagunya

Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit

feel free
klik my biz blog

Read more...

salam sejahtera

aku agak sibuk bulan ni..tak sempat nak update blog aku ni..

Read more...

Sunday, August 2, 2009

perhimpunan haram : bodoh dan buta hati

akhir akhir ini perhimpunan haram kerap kali diadakan oleh pihak tertentu. semuanya kerana politik murahan untuk mendapat simpati. bodoh dan bangang sekali pihak yang menganjurkannya kerana menyusahkan orang ramai. menyebabkan jalan raya jem dan mengucar kacirkan aktiviti harian contohnya perniagaan. rata- rata yang terlibat dengan perhimpunan haram ini adalah dari kalangan yang membuta tuli mengikut perarakan haram ini.mereka tiada arah tuju pun.hanya mengikut orang. sapala yang mula2 memperkenalkan demontrasi jalanan ni..rasanya semua pun tahu sejarahnya..kalaupun tidak berpuasa hati dengan sesuatu, bantah dengan cara yang betul.ini semua kepentingan peribadi.meruntuhkan bangsa. buka mata sikit.tengok negara lain.dah banyak musnah gara2 rusushan ini.

Read more...

Tuesday, July 28, 2009

kenapa guru stress bila mengajar

kebanyakkan guru selalu mengeluh apabila murid tidak mencapai target yang telah ditetapkan oleh guru itu sendiri. kesannya guru menjadi stress semasa p&p dijalankan. perlu diingat target yang guru tetapkan itu merupakan pemboleh ubah yang boleh diubah berdasarkan tahap prestasi murid itu ataupun berdasarkan latar belakang murid tersebut. guru selalu menetapkan target yang terlalu tinggi dan mengharapkan murid memberi apa yang difikirkan oleh guru itu. kita perlu ingat sebelum menjadi guru kita telah melalui pelbagai peringkat pembelajaran bermula dari sekolah sehinggalah ke institut pengajian tinggi. malahan perbezaan dari segi umur juga telah memberi banyak pengalaman kepada seorang guru. sudah tentulah wujud jurang yang sangat besar antara guru dengan murid. maka agak mustahil untuk seseorang murid itu dapat berfikir seperti seorang guru. keadaan inilah seseorang guru itu perlu sedar akan realiti yang berlaku di dalam bilik darjah. guru perlu menetapkan target berdasarkan tahap penguasaan murid tersebut. guru tidak boleh mengharapkan murid itu berfikir seperti guru berfikir. sabar menghadapi kerenah murid, insyaallah kita enjoy dan suka semasa p&p.

Read more...

Sunday, July 26, 2009

Hadis yang Menarik

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.


Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'

Read more...

Saturday, July 25, 2009

pentingya air bersih dalam kehidupan

SETIAP hari kita disarankan mengambil antara lapan hingga 10 gelas air. Jumlah ini amat penting memandangkan 70 peratus daripada keseluruhan tubuh manusia terdiri daripada air. Air secukupnya diperlukan bagi menyahtoksik dalam badan, melincirkan sendi dalam sistem kerangka, menyokong sistem dan organ pencernaan, mengawal suhu badan dan menghantar nutrien serta oksigen ke sel-sel badan.Namun, adakah kita benar-benar mematuhi saranan ini dan yakinkah kita bahawa air yang diminum setiap hari mampu menjalankan tanggungjawab yang disebut?Pakar Air Bertauliah dari Persatuan Kualiti Air (WQA) dan perunding Elken Bio Pure, Michael Robert Long berkata, setiap lima hingga 13 hari, air di dalam keseluruhan badan kita akan diperbaharui


"Jika air yang meliputi 70 peratus badan kita adalah bersih, maka sel badan akan mempunyai persekitaran sihat dan segar," katanya.
Menurutnya, air yang bersih dapat meningkatkan sistem imunisasi badan, menggalakkan metabolisme sel, mengurangkan risiko pertumbuhan sel-sel abnormal, menghalang penyebaran toksin dan mengurangkan risiko mendapat penyakit.
"Selain air yang kita minum, pelbagai lagi bendasing termasuk yang tidak baik terkandung di dalamnya. Saya tidak mahu benda lain, saya hanya mahukan air," ujar Long.

Beliau menjelaskan, air yang kita minum hari ini semakin tidak selamat kerana beberapa faktor. Antaranya pencemaran sumber air dan juga proses pengklorinan bagi menghasilkan air bersih yang disalurkan ke paip setiap rumah. Bahan kimia yang terbentuk ketika pengklorinan, menurut satu kajian yang pernah dijalankan, sangat berkait rapat dengan kecacatan bayi ketika lahir.Kata Long lagi, pengklorinan dan penapisan mekanikal tidak menghilangkan arsenik daripada air. Malah, merebus air boleh meningkatkan kandungannya lagi. Arsenik dalam minuman boleh mengundang risiko kanser dan penyakit paru-paru."Kerana itu kita perlu memastikan air yang diminum dirawat dengan sepatutnya seperti menggunakan kaedah osmosis songsang yang terdapat pada penapis air tertentu," katanya lagi.Ketahui banyak lagi fakta menarik mengenai air dengan mengunjungi Ekspo Pendidikan Air Elken H20: Tahukah Anda… Misi Penerokaan!

Dianjurkan oleh Elken Bio Pure, ekspo air pertama seumpamanya di Malaysia ini dibuka kepada orang ramai secara percuma sejak 23 Mei lalu hingga 16 Ogos ini. Ia diadakan di Pusat Konvensyen Elken di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.Penganjuran ekspo itu bukan hanya bertujuan mewujudkan kesedaran tentang kepentingan air. Pada masa yang sama, ia mendidik pelawat mengenai kandungan mikro organisma dalam air yang tidak dirawat dan pelbagai cara merawat air."Satu ketika dahulu, kita semua tidak menghargai bekalan air yang terdapat dalam kuantiti yang banyak di muka bumi ini. Tetapi hari ini, air dikhuatiri semakin menjadi satu komoditi penting dan mungkin akan diletakkan pada harga yang tinggi atau lebih tinggi daripada petroleum," ujar Long.Menurutnya, air adalah salah satu sumber yang paling bernilai di dunia tetapi sayangnya kita terus mengeksploitasikannya."Banyak yang telah diperkatakan dan ditulis tentang air. Namun kebanyakan daripada kita kurang menghargainya," katanya.Menurutnya, tidak ramai yang sedar bahawa banyak lagi fakta tentang air yang tidak diketahui orang.Justeru, katanya, ekspo itu bukan sahaja bersifat mendidik tetapi juga inovatif dan menyeronokkan kerana pihak penganjur akan membawa pengunjung melalui suatu perjalanan sejarah, geografi dan sains tentang air.

"Ia juga akan memberikan pemahaman yang lebih mendalam tentang air, kepentingannya pada kesihatan dan bagaimana kita boleh memainkan peranan yang penting dalam memelihara komoditi berharga ini," kata Long.Katanya lagi, sama ada orang dewasa ataupun kanak-kanak pasti terpesona menyaksikan "ensiklopedia air sebenar" yang menawarkan pengalaman deria dan perjalanan yang menyeronokkan kepada pengunjung.Beliau menjelaskan, perjalanan itu bermula dengan pandangan dari udara ke atas sistem solar dan keunikan planet biru kita.Daripada ketakjuban sistem planet, Long berkata, perjalanan ilmu itu diteruskan ke padang pasir atau kawasan gurun yang hampir-hampir tiada air, kemudian beralih pula ke suatu tempat ekstrem di mana air terkunci di dalam bongkah-bongkah ais dan glasier.Pengunjung kemudian akan memasuki alam lautan dan meneroka fakta luar biasa tentang hidupan laut sambil mencari-cari makhluk aneh yang tersembunyi dari mata kasar.

Penerokaan seterusnya akan membawa pengunjung ke sumber air bumi dan memahami mengapa air begitu banyak, tetapi air yang boleh digunakan pula terlalu sedikit.
"Jangan lupa mencuba replika skru Archimedes iaitu peralatan orang zaman purba mengepam air," katanya.Selain itu, melalui ekspo ini anda juga akan mempelajari bagaimana untuk menjimatkan sumber berharga ini. Dan, jangan lupa menandatangani perjanjian untuk menjimatkan penggunaan air setiap hari bersama ribuan pengunjung lain di dinding yang disediakan.Pengunjung juga dapat menyaksikan pameran oleh Yayasan Hidupan Liar Dunia (WWF) dan Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan yang turut serta sebagai penganjur bersama ekspo air pada kali ini.Ekspo ini dibuka pada pukul 2 petang hingga 8 malam dari Isnin hingga Jumaat manakala pukul 10 pagi hingga 8 malam pada Sabtu dan Ahad. Masuk adalah percuma. Untuk keterangan lanjut, sila layari www.whatsH2O.com.

Fakta menarik mengenai air

l Seekor gajah dapat mengesan air sejauh tiga batu. Gajah dapat menyedut sebanyak dua gelen (7.5 liter) air ke dalam belalai setiap kali minum.

l Beruang koala tidak minum air, kerana daun eucalyptus yang dimakannya membekalkan air secukupnya.

l Tikus kanggaru mahir hidup di kawasan gurun. Tikus ini minum sedikit air atau tidak minum langsung tetapi bergantung pada air yang dimetaboliskan daripada bijian yang dimakannya.

l Seekor zirafah boleh berjalan lebih lama tanpa air berbanding seekor unta. Ini kerana ia menyimpan tenaga sehingga tidak mudah berasa dahaga.

Read more...

Friday, July 24, 2009

insan

aku insan
insan yang digelar manusia biasa
yang tidak pernah lari dari melakukan kesilapan
namun kekadang kesilapan itu juga membunuhku
manusia mana yang tidak pernah melakukan kesilapan
tiada manusia yang sempurna
namun untuk jadi sempurna bukannya mudah
ianya datang dari kita sendiri
manusia tidak layak untuk menghukum sesama sendiri
hanya diri sendiri yang mampu untuk mengubahnya
kita dikurniakan akal untuk berfikir
namun kekadang akal itu digunakan untuk sesuatu yang melampaui batas
manusia tidak pernah untuk bersyukur
kehendak manusia melebihi dari keperluan
itulah manusia
tidak semuanya sama
yang membezakan hati seseorang
namun seseorang itu juga boleh menjadi hipokrit
hipokrit yang wujud dalam diri manusia sentiasa ada
kita tidak perlu itu semua
untuk menegak keadilan dan kebenaran
seribu kali alasan pun tidak berguna
adakah setiap manusia itu begitu
renung-renungkan....
dan fikirlah dengan sebaik mungkin
setiap perkara yang dilakukan kita harus fikirkan akibatnya pada diri dan orang lain

Read more...

kereta tempatan vs kereta import

ramai rakan rakan saya agak memandang sinis terhadap kereta tempatan.pelbagai alasan buruk diberi terhadap kereta tempatan. ada saja yang tidak kena dan ada saja komen rerhadap kereta tempatan terutama dari segi kualiti. antara komen yang kerap digunakan kereta tempatan cepat rosak. begitu mudah mereka memberi alasan. bagi saya kereta tempatan ini sebenarnya okay. mungkin disebabkan jenama orang selalu memandang enteng terhadap kualitinya. terpengaruh dengan cakap cakap rakan dan akhirnya dia juga memberi komen seperti mana yang telah dicakap oleh rakannya tadi. sedangkan beliau tidak ada pengalaman langsung seperti kereta rosak dan sebagainya.dan yang paling teruk, orang yang selalu memberi komen negatif terhadap kereta tempatan, tetapi dia sendiri menggunakan kereta buatan tempatan. mungkin kebanyakkan orang mengatakan kereta buatan tempatan ini mudah rosak dan kerap kali dengar kereta tempatan rosak. sebenarnya kereta buatan tempatan ini ramai penggunanya,maka keberangkaliannya untuk dengar kereta rosak adalah tinggi.

* saya idamkan kereta honda accord

Read more...

Thursday, July 23, 2009

perubatan barat vs perubatan herba

Tahukah anda, antara 60,000 sehingga 140,000 pesakit mengalami kesan sampingan yang teruk akibat mengamalkan ubat berunsurkan dadah dari barat?

The Case for Natural Med” oleh Dr. Adriane Fugh-Berman
“Menurut pengarah Food And Drug Administration (FDA), Dr. William Gilberson berkata bahawa 2/3 daripada bahan (dadah) yang terkandung di dalam ubat hari ini tidak selamat tetapi dijual di serata dunia”.

p/s gunalah kaedah perubatan semula jadi seperti herba

Read more...

perubatan barat vs perubatan herba

Tahukah anda, antara 60,000 sehingga 140,000 pesakit mengalami kesan sampingan yang teruk akibat mengamalkan ubat berunsurkan dadah dari barat?

The Case for Natural Med” oleh Dr. Adriane Fugh-Berman
“Menurut pengarah Food And Drug Administration (FDA), Dr. William Gilberson berkata bahawa 2/3 daripada bahan (dadah) yang terkandung di dalam ubat hari ini tidak selamat tetapi dijual di serata dunia”.

p/s gunalah kaedah perubatan semula jadi seperti herba

Read more...

Gerhana


VARANASI, India - Gerhana matahari paling panjang dalam abad ke-21 menyebabkan puluhan juta penduduk benua Asia terpaksa bergelap seketika semalam.

Gerhana matahari penuh lazimnya berlaku seketika setiap kitaran 18 bulan tetapi fenomena kelmarin disifatkan luar biasa kerana tempohnya yang panjang iaitu selama enam minit 39 saat matahari terlindung sepenuhnya di sebalik bulan.
Lebih istimewa, gerhana semalam dipercayai mencatat paling ramai penonton berikutan laluannya di benua Asia yang memiliki penduduk paling ramai di dunia.

Gerhana matahari penuh semalam dapat disaksikan dengan jelas di beberapa buah negara iaitu India, Nepal, Bangladesh, Bhutan, Myanmar dan China.

Kali kedua gerhana matahari seperti itu diramal berlaku ialah pada tahun 2132.

Read more...

Kawan VS ?????

Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami. Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang. Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali!

Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum.

Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar. Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan. Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik,Percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia.

Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang.Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga. Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka. Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka.

Read more...

Wednesday, July 22, 2009

H1N1: Kampus UPNM, MTD tutup

KUALA LUMPUR - Kementerian Pertahanan mengesahkan 60 pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Maktab Tentera Diraja (MTD) di sini didapati positif wabak selesema babi (H1N1).

Timbalan Menterinya, Datuk Dr. Abdul Latif Ahmad berkata, penularan wabak tersebut berpunca daripada seorang pensyarah yang baru pulang dari Melbourne, Australia.

"UPNM dan MTD kini ditutup selama seminggu dan pelajar-pelajar terbabit dikenakan kuarantin di rumah dan kami akan mengikut nasihat daripada Kementerian Kesihatan sehingga tempoh kuarantin tersebut selesai," katanya ketika dihubungi malam tadi.

Sehubungan itu, semua perjalanan keluar masuk ke UPNM dan MTD diperketatkan oleh pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan semua prosedur operasi standard turut diambil.

Sementara itu, kelas Lima Lotus, Sekolah Kebangsaan Subang Bestari, Shah Alam turut ditutup mulai semalam sehingga 27 Julai ini berikutan 15 pelajar kelas itu mengalami tanda-tanda selesema babi.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, tiga kes baru dikesan semalam iaitu dua kes import dan satu kes tempatan menjadikan mangsa H1N1 kini meningkat kepada 877 kes.

Read more...

Pemburu coli anak dara


KEMAMAN - Beberapa anak gadis di beberapa buah kampung sekitar Binjai di sini, 'bingung' kerana seluar dalam dan coli mereka yang dijemur di ampaian kerap hilang sejak seminggu lalu.

Kejadian pelik itu dipercayai dilakukan suspek yang dikatakan seorang yang gila seks serta kemaruk pakaian dalam anak dara atau untuk tujuan ilmu hitam.

Bagaimanapun, kehilangan 'barangan peribadi' itu berjaya dikesan ekoran penemuan beberapa coli dan seluar dalam pelbagai saiz dan warna di Bukit Mak Samah di sini semalam.

Penemuan itu dimaklumkan oleh seorang penduduk, Mohd. Yusuf Yasa', 43, yang terkejut melihat pakaian dalam diikat pada sebatang ranting kayu yang dipacak di kawasan terpencil itu semalam.

Menurut beliau, ketika bersiar-siar di bukit itu, dia ternampak objek yang pada mulanya disangka bendera kecil.

Read more...

Tuesday, July 21, 2009

porno

hari ini banyak sekali isu tentang rakaman telefon bimbit aksi aksi porno terutama melibatkan golongan remaja. malahan pelajar sekolah pun semakin berani merakam aksi intim dengan berpakaian seragam sekolah.mana silapnya? adakah sistem pendidikan kita tidak lagi sesuai dan relevan dengan perkembangan pelajar masa kini. masalah disiplin semakin menjadi jadi. adakah undung undang dalam sistem pendidikan negara tidak mampu untuk membendung gejala sosial pelajar sekarang. kesimpulan awal yang dapat saya buat ialah pelajar zaman sekarang terlalu dimanjakan sehinggakan umpama kepala guru begitu mudah diketuk oleh pelajar. undang- undang tentang penguatkuasaan masalah disiplin pelajar perlu dirombak agar tegas dan perlaksaannya juga perlu dipantau agar tahap keberkesanannya dapat dicapai. bermula dengan masalah disiplinlah akan membentuk seseorang pelajar itu bersikap biadap sehinggakan menunjukkan kebodohannya sendiri. contohnya merakam atau membiarkan aksi hubungan intimnya dirakam orang. bodoh bukan tindakan ini?

Read more...

sex

adakah pendidikan seks patut dijadikan subjek wajib di sekolah sekolah di Malaysia?adakah ianya sesuai dengan iklim budaya Malaysia?seperti diketahui umum pendidikan seks ini sudah lama diterapkan di negara eropah dan patutkah Malaysia meniru kurikulum luar itu.apakah keberkesanannya?dan yang paling penting apakah objektif yang mahu dicapai apabila pendidikan seks itu diperkenalkan.

p/s jangan meniru orang lain..

Read more...

amaran tsunami

amaran tsunami telah dikeluarkan.ramalan gempa bumi akan berlaku di kepulauan Jepun.kawasan malaysia yang berisiko di kepulaan borneo sabah sarawak.dinasihatkan tidak berada di kawasan pantai pada petang esok..

Read more...

salam sejahtera

saya telah menukar blog siri sorotan sejarah ke blog yang lain iaitu
http://pendidikansejarahm.blogspot.com/

Read more...

Monday, July 20, 2009

Siri 5: Kita Merdeka

Jika jawapannya ya, maka benarlah kata- kata orang Inggeris itu yang mengatakan orang Melayu bodoh dan tidak mampu untuk menguruskan perusahan secara besar- besaran. Walaupun kita tahu di sebalik kenyataan ini, ada tersiratnya intipati ataupun agenda tersembunyi mereka. Namun soalnya kenapakah ini terjadi? Apakah corak pemerintahan feudal itu yang telah membentuk satu masyarakat Melayu yang hilang jati diri. Konsep-konsep yang digunakan semasa pemerintahan feudal itu telah membunuh jati diri dan juga keyakinaan bangsa Melayu untuk menerima segala perubahan. Antara konsep yang maha dasyat yang telah membekukan pemikiran orang Melayu itu antaranya konsep rakyat. Hari ini kita lihat masih ramai yang menggunakan istilah rakyat dan kita boleh mengesannya terutama di dalam penulisan berita di surat khabar, malahan istilah ini juga acap kali digunakan orang politik dan pemimpin. Saya tidak tahu sama ada mereka ini faham atau tidak apa yang dimaksudkan dengan konsep rakyat itu. Lihat pula bagaimana konsep rakyat itu telah mempengaruhi corak ekonomi masyarakat Melayu. Apa yang dapat ditakrifkan dengan konsep ini ialah rakyat ini membawa maksud orang bawahan iaitu golongan yang diperintah yang tidak mempunyai hak dalam apa jua keadaan.

Read more...

manusia selalu mempersoalkan....

orang selalu mempersoalkan kebolehan seseorang pelajar dengan cara pembelajarannya.paling sering kita dengar terutama di blog2 memperkatakan sejauh mana pelajar teknik hafalan ini boleh bersaing dengan dunia yang semakin mencabar.sebenarnya semua pembelajaran di dunia ini bermula dengan hafalan.maka dari hafalan itu barulah pelajar ini mengalami pembelajaran bermakna. maksudnya disini, apabila pelajar mendapat sesuatu maklumat pelajar itu perlukan penggayaan sendiri.pelajar itu sendiri perlu mengembangkannya dengan pelbagai cara mengikut kecerdasan pelbagai yang dimiliki. setiap pelajar itu dikurniakan kesemua kecerdasan pelbagai cuma yang membezakannya dari segi dominan kearah bidang mana. seorang pelajar berjaya mengaplikasi maklumat hafalan yang dipelajari untuk diaplikasikan dalam hidup. contohnya seorang pelajar mempelajari ilmu pengaturcaraan komputer. semestinya beliau akan menghafal pelbagai teknik dan ilmu berkaitan. seterusnya beliau mengaplikasi ilmu tadi dengan mencipta pelbagai ciptaan baru. dan akhirnya dapat di komersialkan. bolehlah dianggap beliau berjaya menghadapi hidup ini.

Read more...

Siri 4 : Melayu yang Layu vs British yang Rakus

Bangsa Melayu berdepan dan bergelumang dengan kerakusan kolonial British di samping terpaksa menahan tempias semangat survival kaum pendatang terutama kaum Cina. Semua rentetan inilah yang telah menjadi acuan kepada pembangunan Bandar Taiping sekarang. Namun soalnya sekarang sejauh manakah keterlibatan bangsa Melayu dalam arus pembangunan Bandar Taiping? Sebuah Bandar yang dahulunya dikuasai bangsa Melayu sendiri. Apakah sebabnya bangsa Melayu itu hilang perananya dalam ekonomi baru. Hari ini, jika kita menyelusuri Bandar Taiping, berapa keratkah peniaga Melayu yang menjalankan perniagaan. Berapa ramaikah peniaga Melayu yang beroperasi di bangunan- bangunan di Bandar Taiping. Jumlahnya boleh dibilang dengan jari. Cuma yang jelas perniagaan orang Melayu itu menjurus kepada peniagaan makanan. Di jalan- jalan di pingir Bandar Taiping kita begitu mudah mendapatkan gerai- gerai makanan orang Melayu yang beroperasi terutama pada waktu malam. Apakah bangsa Melayu itu hanya mampu setakat menjalankan perniagaan sebesar ini?

Read more...

Kimia...

Read more...

Free Hugs

Read more...

Sunday, July 19, 2009

karaoke vs selipar

undang-undang manusia ni kadang kadang sangat gila dan tidak masuk akal. benda yang jelas salah tetapi tidak diambik tindakan, benda yang tidak berdosa pulak menjadi mangsa. salah siapa?salah ibu mengadung ke?atau salah dek kebodohannya sendiri. pikirla sendiri! keadaannya macam ini, seorang mamat melolong dan menjerit ( karaoke ) sehingga menggangu orang lain secara terang lagi bersulung, namun tidak langsung diambil tindakan. namun sepasang selipar yang tidakberdosa yang tidak diletakkan di atas rak telah dirampas tanpa notis. rampasan tanpa ehsan ni memberi banyak kesulitan kepada tuan empunya selipar( harga rm25) tersebut. terpaksa bergerak ke hulu dan hilir walaupun bukan dalam keadaan formal,namun terpaksa memakai kasut formal.

Read more...

Siri 3 : Kebebasan

Ketidakselesaan Menteri Ngah Ibrahim dapat diperhatikan melalui surat beliau kepada Sultan Ismail bertarikh 26 Februari 1874. Dalam surat tersebut beliau menceritakan bahawa British merasakan mereka bertanggungjawab menyelesaikan masalah yang berlaku di Larut terutamanya bagi menyelesaikan Perang Larut yang berlanjutan antara dua puak kongsi gelap Cina iaitu Ghee Hin dan Hai San dengan meletakkan seorang Penolong Residen di Larut dan beliau terpaksa mengikut sahaja nasihat yang dikemukakan oleh Penolong Residen tanpa sebarang bantahan.

Read more...

Siri 2 : Bangsa Merdeka

Perjanjian Pangkor 1874 telah membawa kewujudan Sistem Residen di Negeri-negeri Melayu. Menurut Perjanjian Pangkor dalam fasal ketujuh, pembesar di Larut akan menerima seorang penolong Residen yang mempunyai kuasa seperti seorang Residen dan hanya akan patuh kepada perintah Residen. Walaupun persetujuan telah dicapai dalam rundingan di Pangkor tetapi syarat-syarat yang dikemukakan oleh British telah menerima bantahan para pembesar terutamanya Menteri Ngah Ibrahim. Bagi Menteri Ngah Ibrahim perjanjian ini akan memberikan kesan kepada beliau kerana Menteri Ngah Ibrahim hanya akan diakui sebagai pemerintah Larut sahaja dengan segala elaun yang ditetapkan tetapi segala hasil bukan lagi dalam pentadbiran beliau. Keadaan ini menimbulkan rasa tidak puas hati Ngah Ibrahim sebagai pemerintah Larut yang bebas selama ini.

Read more...

Siri 1 : Bangsa Melayu

Apabila kita membicarakan soal pembangunan Taiping kita tidak dapat lari dari melihat bagaimana rentetan sejarah yang berlaku dalam abad ke-18 sehinggalah abad ke- 20. Kita lihat bagaimana anugerah sumber kekayaan bijih timah yang telah membangunkan Bandar Taiping sehinggakan pernah menjadi ibu negeri Perak. Kita lihat pula bagiamana peranan kolonial British yang berjaya memanipulasikan orang Melayu untuk meragut segala kekayaan bumi Taiping termasuklah Larut Matang. Helah- helah yang digunakan termasuklah bagimana Perjanjian Pangkor itu menjadi titik permulaaan kerakusan bangsa kolonial ini. Lihat sahajalah fasal- fasal yang digubal British melambangkan betapa jauhnya pemikiran mereka bukan sahaja dari segi politik tetapi juga dari segi ekonominya.

Read more...

Saturday, July 18, 2009

merdeka!merdeka!merdeka!

kurang sebulan lagi kita akan menyambut bulan kemerdekaan negara kita. sehingga ke hari ini adakah kita benar- benar faham akan erti kemerdekaan yang sempurna? kita masih gagal mengenal bangsa kita yang merdeka. sempena menyambut bulan kemerdekaan ini, saya akan menulis rencana secara bersiri berkaiatan dengan tempat kelahiran saya iaitu sebuah bandar bersejarah di Perak yang dikenali nama "Taiping". rencana saya ini akan melihat dari perspektif generasi baru yang diwakili oleh saya. sorotan lebih kepada bangsa melayu yang semakin sukar mencari survival hidup..

Read more...

curangnya seorang guru

pernah tak kita tinggal di dalam satu tempat yang mana penghuninya adalah bakal- bakal guru?bakal seorang pendidik yang berperanan penting untuk anak bangsa yang merdeka. namun kadang kala sikap yang ditunjukkan tidak menggambarkan nilai seorang pendidikan. inilah yang terjadi kepada saya sewaktu menjalani kursus ( KDP ) yang diadakan di salah sebuah institusi pendidikan di sarawak. memang terdapat sikap agak aneh di kalangan segelitir bakal- bakal guru ini dan tiada pun tindakan diambil. melolong menyanyi macam orang gila sehingga menggangu hak penghuni lain. hobi bodoh lagi bengang ini dilakukan sehingga lewat malam dan sangat menggangu penghuni asrama lain yang mahu tidur ataupun study.cuba bayangkan jika seornag guru menunjukkan sikap yang buruk ini.apakah dia mampu setia dengan tugas- tugas keguruan kelak apabila dia sudah berada dalam profesion keguruan.saya dapat rasakan inilah prospek yang menyebabkan dunia keguruan tercemar dek kecurangan seorang guru yang gagal memikul tanggungjawab.

Read more...

Friday, July 17, 2009

virus h1n1

lawas sudah ada 2 kes jangkitan h1n1

Read more...

satu malaysia

apa itu satu malaysia?

Read more...

selamat tengahari

Bismillahhirahmanirrahim.....
puji pijian dipanjatkan kepada Alllah SWT kerana memberi saya ruang untuk terus berkelana di atas bumi tuhan yang fana ini...hari ini merupakan penghulu segala hari yang banyak memberi kita kebaikan terutama berpeluang untuk sama- sama solat berjemaah. saya menyeru kepada diri saya dan juga seluruh umat islam dunia untuk sama- sama kita menghadirkan diri ke masjid mendengar khutubah dan solat berjemaah. semoga kehidupan kita akan sentiasa di dalam peliharaan rahmatNYA...

Read more...

KDP BESTARI 2009







Read more...

Thursday, July 16, 2009

guru malaysia

Read more...

  © Free Blogger Templates Blogger Theme by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP